Wednesday, 23 November 2011

WARNA-WARNA KEHIDUPAN

Sebagai cucu Tok Hasan Ligor, aku tidak dapat mengukir apa-apa berkaitan datukku ini kerana datuk meninggal dunia ketika aku masih kecil. Handsome ke? Tegap ke ? tidak dapat aku bayangkan.Hanya potret kad pengenalan "pheghepot" sebutan orang-orang lama  Kedah yang tinggal sebagai kenangan. Dalam hati kecil memang aku "rindu" apa lagi bila diceritakan oleh orang-orang yang mengenalinya datuk ku berbudi bahasa, lemah lembut dan tidak meninggi diri. sebab itu agaknya Allah mengambilnya lebih awal. Selalu orang sebut manusia yang baik ni akan meninggal dunia pada awal  usianya. Namun Allah telah memberikan aku isteri Tok Hasan yang banyak mewarnai hidupku  iaitu nenekku. Kehidupan aku masa kini banyak dipengaruhi oleh didikan dan asuhannya. Seorang yang tegas, mementingkan kebersihan, rajin mengurus rumahtangga, berdikari dan mementingkan nama baik keluarga.


No comments:

Post a Comment