Tuesday, 15 November 2011

ASAL USUL TOK HASAN MUSA LIGOR

Sejarah keluarga kami agak menarik nenek moyang sebelah Tok Hasan berasal dari Ligor Thailand. Dikatakan tIga beradik telah merantau dari Ligor ke Jitra bertemankan seorang seekor kerbau untuk dijadikan modal menetap di tempat baru. Saudara sulung namanya Jusoh, kedua bernama Yunus dan ketiganya Musa. Malang tidak berbau seorang daripada mereka berdua mendapat berita anak perempuannya dilarikan orang. Malu menguasai diri sibapa membunuh diri. Yunus pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan menunaikan haji ke Mekah, entah laut mana menjadi kuburnya.Sekian lama menjalani kehidupan Musa pula telah rindukan kampung halaman, dia kembali dan meninggal dunia di Ligor. Anaknya Hasan menruskan meneroka tanah di Kampung Paya, Mukim Naga Jitra menjadikan sawah sumber rezeki. Tok Hasan terus mewarisi penerokaan datuk dan bapanya. Jodoh dah sampai berkahwinlah Tok Hasan dengan Itam binti Md. Isa gadis pingitan dari Kampung Banai putih gebu, cantik orangnya, pandai memasak tidak terkira.
 Sekian lama dapat dua orang cahayamata kedua-duanya putera. Cahayamata yang sulung namnya Daud dan yang bongsu namanya Hamid. Daud dididik, diasuh dan dihantar belajar sehingga boleh menulis dan membaca, sementara si adik tidak disekolahkan hanya diajar bekerja disawah. Didudik secara garang supaya patuh dan akur setiap arahan.

Daud bila dewasa dicarikan jodoh orang Kampung Kelubi Che' Kama namanya orang berharta. Hasil perkahwinan maka lahirlah Zainab, Md.Isa, Hajrah, Halim dan Sobariah.

Sementara Hamid dijodohkan dengan Mariam yang menjadi kegilaan pemuda kampung kerana kecantikan dan keayuannya. Jodoh tidak panjang, Tok Itam tidak suka dengan menantunya Mariam, Hamid dipaksa ceraikan Mariam, dengan berat hati Hamid mematuhi perintah si ibu maka lafaz talak terhadap isteri yang amat dicintainya terpaksa diluahkan. Mariam akhirnya berkahwin dengan orang Thailand dan menetap di Setul hingga kehari ini.

Setelah bercerai Hamid di kahwinkan dengan Basah binti Ismail orang Kampung Pantai Halban. Perkahwinan mereka bahgia hingga ke hari ini. Sembilan orang cahayamata Ahmad, Abdul Razak, Mohamad Isa, Abdul Roni, Mohd. Saad, Che' Man, Che' Omar, Siti Fatimah dan Siti Aishah. Ajal maut ditangan Tuhan Mohamad Isa dan Mohamad Saad meninggal dunia ketika kecil.Maka adik beradik ini tinggal tujuh Haji Ahmad bekerja sendiri dan kini tinggal di Kampung Lubuk Batu, Abdul Razak bekas tentera kini menjadi peniaga kecil di Taman Ria Sungai Petani, Abdul Roni bertugas di SM Sultan Mohamad Jiwa dan menetap di Sg. Lalang, Che' Man penjawat awam di Alor Setar dan menetap di Changlun, Che' Omar juga penjawat awam di Jitra dan menetap di Kg. Tanjung Pauh, Siti Fatimah pulak bertugas di Kolej Komuniti Darulaman dan menetap di Kg. Wang Tepus dan Siti Aishah sebagai pensyarah di IPGM Kampus Darulaman dan menetap di Bandar Darulaman.

Haji Hamid sekarang dah berusia 84 tahun, kini menetap bersama isteri dengan anak lelakinya Che' Omar di Kg. Tanjung Pauh, Jalan Paya Chegar.

No comments:

Post a Comment